Thursday 26 August 2010


TOPIK BEBAS


Cita cita saya ialah menjadi permainan bola sepak antarabangsa Singapura. Dan saya ingin juga menaiki pesawat untuk ke England kerana saya hendak bermain dengan pasukan kegemaran saya ialah Liverpool. Itulah cita-cita saya

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU NASI LEMAK


Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandandimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam,sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi.


PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali

gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.


PANTUN HARI KEBANGSAAN


Hari kita hari bahagia
Hari untuk semua bergembira
Hari kebangsaan hari mulia
hari untuk semua bermesra


HARI KEBANGSAAN


Hari kebangsaan ini menyambut pada 9 ogos. Ia disambut dengan penuh meriah,Warna warni di Padang .Pada hari itu ialah cuti awam kepada semua orang warga singapura. Dan pada malam hari kebangsaan ramai orang atau orang daripada luar negeri semua kunjungi di Marina Barrage untuk menengok macam-macam jenis Bunga Api akan dikeluarkan.

Sunday 24 January 2010

blog bahasa melayu pertama saya

PANTUN UNTUK HARI GURU

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.



SEORANG GURU YANG SAYA HORMATI


Guru yang saya hormati ialah Mdm Ernie sebab dia lah menasihati saya dengan penuh cabaran yang saya lalui...Waktu saya tengah susah atau stress dia lah orang yang saya kunjungi sebab saya suka mendengar menasihati oleh Mdm Ernie.